JANGAN JADIKAN PUSAT SUMBER SEPERTI MUZIUM

    SEMUA sekolah menengah dan rendah mempunyai Pusat Sumber Sekolah (PSS) sendiri yang bertujuan memberi perkhidmatan dan kemudahan kepada guru serta pelajar menjalankan kegiatan untuk mencapai tahap pendidikan bermutu bagi melahirkan pelajar cemerlang serta berketerampilan.Dengan itu,guru dan murid seharusnya menggunakan segala peralatan yang disediakan terutama yang berbentuk teknologi,dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.Bagi pelajar pula mereka hendaklah memanfaatkan bahagian perpustakan yang disediakan dengan sumber bacaan seperti buku pelbagai bidang,majalah dan akhbar.

    Bagaimanapun,tidak semua peralatan moden yang canggih dapat dibekalkan kepada setiap sekolah.Malahan,ia akan merugikan jika peralatan itu dibekalkan kepada sekolah yang pelajarnya dibawah jumlah minimum ditetapkan.Bagi mengatasi masalah itu,Kementerian Pendidikan memperkenalkan satu konsep pengumpulan bahan,iaitu dengan mewujudkan Pusat Kegiatan Guru (PKG).Kini, sebanyak 350 PKG ditubuhkan di seluruh negera dan 200 daripadanya mempunyai bangunan sendiri berharga RM 150,000 setiap sebuah,manakala bakinya akan didirikan kemudian,terutama melalui Rancangan Malaysia Keenam.

    Setiap PKG memberi perkhidmatan untuk sekumpulan sekolah di dalam kawasannya,ataupun zon,iaitu melalui pendekatan perkongsian peralatan,kemahiran dan maklumat.Oleh itu,semua sekolah kini boleh menggunakan peralatan teknologi dan bahan sumber lain yang hampir seimbang untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.Manakala di Pusat Sumber Sekolah PSS pula usaha melengekapkannya dengan peralatan buku diberi  keutamaan oleh setiap sekolah.

    Selain peruntukan kerajaan,sumbangan untuk melengkapkan PSS mendapat sokongan daripada masyarakat melalui PIBG, pemimpin masyarakat dan juga sector swasta tempetan.Oleh itu,kebanyakan PSS mempunyai peralatan dan buku yang lebih daripada diperlukan.

    Persoalannya, sejauh manakah PSS dan PKG dimanfaatkan secara maksimum? Pekara ini sering diperkatan oleh pelbagai pihak, termasuk Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia,Datuk Asiah Abu Samah dan kedua-dua timbalannya.Malah, beliau sering mengingatkan perkara sewaktu merasmikan PKG peringkat negeri di beberapa negeri sepanjang tahun ini.Saranan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan ll, Datuk Dr. Isa Ramli, sewaktu merasmikan PSS Sekolah Kebangsaan Sungai Rokam, Ipoh kelmarin,supaya dilaksanakan system merekot nama pengguna PSS, wajar diberi perhatian oleh Guru Besar dan Pengetua.Saranan itu boleh dikatakan sebagai amanat Dr. Isa kepada semua guru dan murid supaya memanfaatkan segala kemudahan yang disediakan untuk membantu meningkatkan mutu pendidikan negara ini.Beliau akan bersara mulai esok.

    Bagi guru-guru,mereka bukan saja perlu meminjam dan membaca buku,tetapi menggunakan peralatan bantuan mengajar yang di sediakan PSS dan PKG.Jika tidak,kedua-duanya akan wujud sebagai “gajah putih” semata-mata dengan buku dan segala peralatan berfungsi sebagai bahan pameran untuk ditonton seperti pameran barang lama di muzium.Selain itu, beberapa program perlu dilaksanakan secara berterusan untuk menarik minat guru dan pelajar menggunakan PSS dan PKG. Ini termasuk siri penerangan, kempen dan khemah membaca, tayangan video dan menyelenggarakan beberapa peraduan.

  Pelajar juga seharusnya mendapat pengetahuan mengenal teknik membaca,merujuk dan menggunakan peralatan serta kemudahan lain di PSS daripada guru yang dipertanggungjawabkan.Dengan itu menarik minat merika menggunakan PSS. Di peringkat PKG, aktiviti seperti bengkil, seminar, sumbangsaran dan perbincangan perlu diadakan dari masa ke semasa dikalangan guru-guru di semua sekolah yang menganggotai sesebuah PKG.Walaupun menggunakan kemudahan PSS dan PKG bukan sesuatu yang wajib,tetapi adalah merugikan jika kemudahan yang disediakan itu tidak dimanfaatkan secara maksimum kerana bangunan PSS dan PKG adalah dibiayai melalui pinjaman bank dunia, iaitu terpaksa dibayar kembali beserta dengan kadar faedah yang ditetapkan.

BERITA HARIAN
KHAMIS,24 SEPTEMBER,1992
[Latar Belakang][Objektif][Pengoperasian][Pengoperasian][Peranan Peyelaras][Perancangan]
[Fizikal PKGJ39][Aktiviti][Pusat Sumber Sekolah]
PKG