OVERHEAD PROJECTER
1    KEPALA PENGUNJUR
2    LENSA OBJEKTIF
3    CERMIN
4    TOMBOL FOKUS
5    TIANG KEPALA
          PENGUNJUR
6    PERMUKAAN KACA
7    PENTAS TAYANGAN
OHP
8    KANTA FRESNAL
9    PETI SUMBER CAHAYA
10  RUMAH LAMPU
11  KIPASPENYEJUK
          (LARASUHU)
12  MENTOL PO
13  KONDENSER
14  KABEL KUASA
OHP
RAJAH 1

KELENGKAPAN OVERHEAD PROJECTER

1. Peti Sumber Cahaya mengandungi mentol halogen dan kipas penyejuk larasuhu. Mentol OHP mempunyai kuasa antara 500W hingga 700W. Kipas penyejuk larasuhu berfungsi untuk menyejukkan mentol halogen.
2. Kepingan kaca lutsinar dipasang pada pentas tayangan sebagai dasar untuk meletakkan lutsinar.
3. Kepala pengunjur mengandungi lensa objektif dan cermin untuk menghalakan sinaran cahaya ke skrin tayangan.
4. Lensa objektif merupakan lensa yang digunakan untuk memfokus imej ke skrin.
5. Kanta fresnel merupakan kanta kondenser yang ddigunakan untuk melencungkan cahaya dari mentol ke pentas tayangan supaya imej di skrin jelas dan terang.

PENJAGAAN OVERHEAD PROJECTER

1. Sebelum kerja-kerja mencuci dilakukan, pastikan talikod ke punca elektrik ditanggalkan
2. Kanta dan lensa PO mesti sentiasa bersih.  Gunakan kertas tisu yang halus untuk membersihkannya.
3. Untuk mencuci pentas tayangan dan kanta fresnal, gunakan kain lembut yang dibasahkan.  Keringkan kedua-dua bahagian pentas dan kanta fresnal sebelum PO digunakan semula.
4. Untuk menukar mentol, jangan sentuh mentol baru dengan jari.  Jika tersentuh, cucikan kesan-kesan jari dengan menggunakan alkohol jernih.  Jika tidak dicuci besar kemungkinan mentol itu akan terbakar apabila mentol dipasangkan.
5. Kerja-kerja penjagaan dan pemeriksaan PO hendaklah dilakukan dari masa ke semasa.      Penumpuan pemeriksaan yang penting ialah:
    5.1 Keadaan pemasangan kawat elektrik dan keselamatannya.
    5.2 Mempastikan kipas penyejuk larasuhu bergerak dengan baik.  Lebih baik dibubuh minyak agar ia bergerak dengan licin.
    5.3 Tombol fokusnya boleh bergerak dengan mudah ke atas dan ke bawah.
    5.4 Ketatkan skru-skru yang longgor.
    5.5 Hindarkan dari meletakkan PO menghadap tingkap atau pintu yang boleh ditembusi cahaya matahari.  Jika ini berlaku cahaya yang melalui lensa di kepala pengunjur dan cahaya sinarannya terpancar pada pentas tayangan boleh menyebabkan kerosakan pada kanta fresnal atau boleh membakar kertas yang terletak di atas pentas tayangan.

PRINSIP-PRINSIP UNJURAN

1. Komponen-komponen asas sistem unjuran.
      Komponen-komponen asas bagi sistem unjuran adalah terdiri dari:

   RAJAH 2
 
A   Sumber cahaya
B   Pemantul untuk 
      mengawal arah 
      cahaya
C   Sistem kanta
     termasuk juga cermin
UNJURAN
D  Tempat meletak bahan
     yang hendak
     diunjurkan.
E   Permukaan untuk
     melihat imej yang
     diunjurkan (skrin)
UNJURAN

2. Kanta.

2.1 Kanta-kanta unjuran terdapat dalam berbagai ‘focal lengths’.  Pemilihan adalah tertaluk kepada jenis projektor yang digunakan dan jarak unjuran.  Dalam beberapa keadaan pemilihan kanta adalah terhad oleh itu operator yang mengendalikan projektor hendaklah membetulkan sais imej yang besar dan mendekatkannya untuk imej yang kecil.
2.2 Kejelasan imej adalah dipengaruhi oleh jarak daripada projektor kepada skrin.  Cahaya yang bergerak jauh menjadikan imej yang diunjurkan pada skrin tidak terang atau jelas.  Imej yang jelas akan dipengaruhi melalui unjuran yang dekat dengan skrin.

3. Pengunjuran Imej

Pengunjuran imej boleh ditunjukkan dengan cara:
3.1 Unjuran terus ke hadapan di mana projektor di letakkan berhadapan dengan permukaan skrin.
3.2 Unjuran dari belakang di mana projektor diletakkan di belakang skrin lutcahaya.  Pengunjuran cara ini biasanya menggunakan cermin untuk medekatkan jarak dari projektor kepada skrin.

4. Skrin Tayangan

4.1 Jenis skrin
    4.1.1 Skrin dari jenis ‘glass-beaded’ digunakan di mana jarak unjuran adalah lebih panjang daripada lebar bilik.
    4.1.2 Skrin dari jenis ‘matte surface’ adalah pilihan yang baik bagi lebar bilik dan jarak unjuran yang hampir sama.
4.2 Perletakan skrin
Skrin adalah lebih baik diletakkan di sudut bilik.
Kebaikan-kebaikannya ialah:
    4.2.1 Pemandangan yang tidak terhalang bagi ramai murid
    4.2.2 Cahaya dari tingkap adalah kurang.
    4.2.3 Penggunaan papan tulis tidak terhalang.
    4.2.4 Sudut pemandangan yang optima bagi ramai murid.

(RAJAH 3)
 
SKRINSKRIN SKRIN 2SKRIN 2

A Skrin
B Papan Tulis
C Murid
D Guru
E Tempat meletakkan
   projektor.

4.3 Jarak skrin dari penuntun
Untuk pemandangan yang lebih baik jarak dari skrin kepada baris tempat duduk yang pertama hendaklah dua kali ganda luas skrin, dan jarak dari skrin ke baris belakang hendaklah enam kali ganda luas skrin.  Pastikan bahagian bawah skrin cukup tinggi untuk dilihat dengan jelas oleh orang yang duduk di baris belakang.

4.4 Masalah Pengunjuran
Pengunjuran akan menghadapi masalah ‘keystone effect’ Ini boleh berlaku apabila cahaya yang diunjurkan itu terpaksa bergerak jauh mengenai satu bahagian skrin dibandingkan dengan satu bahagian skrin yang dekat dengan cahaya.  Untuk mengatasinya kedudukan projektor dengan skrin hendaklah pada 90 darjah.  Lihat RAJAH 4.

BEBERAPA BENTUK 'KEYSTONE'
SKRIN1
Imej yang betul
SKRIN 2
menegak dan mendatar
SKRIN 3
Keystone menegak
SKRIN 4
Keystone mendatar

CARA PENGUNJURAN YANG BETUL
CARA PENGUNJURAN YANG BETUL

   RAJAH 4

Garis panduan bagi sesuatu visual dalam bentuk huruf yang hendak dipamerkan atau dilihat adalah seperti berikut:
 
Jarak untuk dilihat Saiz huruf
8 ka ¼ in
16 ½ in
32 1
64 2
128 4

Penyelaras
PKGJ39 Bandar Pontian
[Latar Belakang][Objektif][Pengoperasian][Pengoperasian][Peranan Peyelaras][Perancangan]
[Fizikal PKGJ39][Aktiviti][Pusat Sumber Sekolah]
PKG