APAKAH TAHUN PSS 2000 ?

Tahun Meningkatkan gerakan untuk memartabatkan Pusat Sumber Sekolah (PSS)  sebagai nadi pengajaran dan pembelajaran (P&P) ke arah Pusat Kecemerlangan di semua sekolah.
 

MENGAPA ?

Mewujudkan kesedaran tentang kepentingan PSS dalam mencapai kecemerlangan dalam mencapai kecemerlangan pendidikan.
 

OBJEKTIF

1.  Memberi kesedaran kepada warga pendidikan tentang kepentingan PSS
2.  Menjadikan PSS sebagai elemen penting dalam proses P&P
3.  Menggalakkan peningkatan kemudahan dan prasarana PSS berasaakan   teknologi terkini
4  Meningkatkan pemahaman pengguna PSS mengenai penambahan  maklumat melalui kaedah penemuan dan penylidikan
5.  Menanam minat membaca dan mencari ilmu pembelajaran sepanjang hayat

MATLAMAT

Menjana penglibatan warga pendidikan dalam usaha meningkatkan kecemerlangan P&P melalui penggunaan PSS
 

PUSAT SUMBER SEKOLAH ( PSS )
Perkembangan PSS di negara kita mempunyai sejarah yang tersendiri.

 Selepas Kemerdekaan Hingga Tahun 60-an.

Dikenali sebagai khutub khanah
Koleksi bahan adalah bahan bacaan terhad
Kebanyakan bahan digunakan untuk urusan pinjam meminjam pada masa – masa senggang dan rehat
Fungsi khutub khanah dalam P&P kurang menonjol mungkin kerana penggunaan khutub khanah dalam P&P secara berkesantidak di mamfaatkansepenuhnya oleh guru dan pelajar

Tahun 70-an

Mulai tahun 1972 semua sekolah baru yang dibina telah diperuntukan ruang / bilik perpustakaan
Sekolah yang lama diberi peruntukan membina ruang / bilik perpustakaan.
Mulai tahun 1974 geran perkapita perpustakaan diberi kepada semua sekolah
Kursus dalam perkhidmatan untuk guru – guru perpustakaan dilaksanakan
Sekolah mula mengwujudkan bilik alat pandang dengar (APD) yang menempatkan bahan bukan buku seperti carta, gambar, gelob, peta, OHP, projector slaid , radio kaset, dan TV.
Perkhidmatan Perpustakaan dan APD menjadi Penting Dalam Pelaksanaan sistem pendidikan.

Tahun 80-an.

Konsep dan pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) mula dilaksanakan, iaitu gabungan perkhidmatan perpustakaan tradisional (buku) dengan perkhidmatan APD, di bawah satu sistem pengurusan.
Perkhidmatan PSS dalam P&P ditingkatkan Dengan Pelaksanaan KBSR.
Koleksi bahan cetak dan bahan elektronik bertambah di PSS.
Kusus dalam perkhidmatan tentang pengurusan PSS dan aplikasi pengurusan PSS dan aplikasi penggunaan APD ditingkatkan.
Peranan PSS dalam aktiviti  - aktiviti berasaskan kurikulum dan ko – kurikulum semakin penting di kebanyakan sekolah.

Tahun 90-an.

Era teknologi maklumat dan komunikasi.
Penggunaan komputer dan system telekomunikasi yang meluas dalaam pengurusan dan penggunaan di PSS.
PSS kini dilihat sebagai satu pusat P&P yang penting dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan, menyediakan pelajar untukmenghadapi zaman maklumat, membina budaya ilmu, menanam aa pendidikan sepanjang hayat dan memperkenbangkan lagi potensi pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
 

PSS TAHUN 2000.

Terdapat sekurang – kurangnya 5 arah aliran tentang PSS di negara- negara lain :

1.    Literasi maklumat (information literacy ) diberi penekanan, di mana pelajar diberi kemahairan menentukan bila maklumat tertentu diperlukan, kebolehan mencari maklumat dalam apa jua format, dan kebolehan menggunakan maklumat tersebut secara aktif
2.    PSS adalalah sebahagian daripada rangkaian maklumat sedunia (global information network), yang merangkumi perpustakaan, pusat sumber dan pusat maklumat . Rangkaian yang menggunakan rangkaian canggih elektronik telah memperluaskan maklumat yang boleh diakses oleh pelajar dan mendedahkan mereka kepada dunia maklumat yang lebih luas.
3.    Pengkomputeraan PSS diberi penekanan di mana komputer digunakan secara melua sebagai alat mengakses maklumat, alat P&P, alat komunikasi dan juga alat untuk mempercepatkan tugas-tugas rutin di Pusat Sumber.
4.    Profesionalisme sumber manusia di PSS dipertingkatkan. Guru sumbernya mempunyai dwikelayakan iktisaa ; iaitu pendidikan dan kepustakawan. Staf sokongan pula mempunyai latihan kepustakawan dan teknologi, termasuk literasi komputer.
5.    Kemajuan dalam kaedah pembelajaran berkelompok dipertingkatkan dengan penggunaan rangkaian elektronik tanpa pengwujudan PSS, seperti galakan membeca dan tempat belajar sendiri.
 

CABARAN PSS TAHUN 200 DI MALAYSIA.

1. Kemudahan Fizikal, Peralatan dan Bahan.

      Perkembangan dan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi memerlukan setiap sekolah menyediakan ruang dan peralatan yang mencukupi dan terkini, iaitu yang menuju ke taraf Pusat Sumber Elektronjk agar pelajar dan guru dapat mengakses pelbagai maklumat

2. Pengurusan dan Pengelolaan PSS

Program peningkatan profesionalisme sumber manusia di PSS perlu dipertingkatkan agar pengurus PSS mempunyai dwikelayakan iktisas ; dan asa kepustakawanan dan teknologi serta literasi komputer (bagi staf sokongan).

3. Penggunaan PSS

Aktiviti – aktiviti yang disediakan di sekolah perlu meliputi aktiviti seperti perkembangan literasi maklumat yang menjadi tanggungjawab bersama PSS dan guru. “Learning society” bermula dari budaya membaca, budaya maklumat dan budaya belajar sepanjang hayat, di mana terasnya adalah PSS.

4.   Program Peningkatan PSS

      Penilaian dan penambahbaikan yang berterusan melalui perancangan strategic perlu dilakukan terhadap pembangunan PSS. Ini meliputi penaiktarafan kemudahan PSS, penambahan sumber kewangan PSS, latihan kemahiran untuk mempertingkatkan pengurusan dan penggunaan PSS  serta pelaksanaan awal ke arah PSS elektronik atau digital.

TAHAP PIAWAI PSS
 
TAHAP 1 TAHAP 2 TAHAP 3
Perpustakaan & Bilik Media Perpustakaan & Bilik Sumber Perpustakaan & Bilik Sumber yang selesa
Kelengkapan perabut /
Peralatan asas
Kelengkapan perabut /
Peralatan asas serta kemudahan asas
peralatan media elektronik
Kelengkapan perabut /
Peralatan serta media elektronik yang mencapai piawai Pusat Sumber Cemerlang
Kadar Murid: Buku Bahan Bacaan
1 :  05 -    Sekolah Rendah
1 : 10  -    Sekolah Menengah
Kadar Murid: Buku Bahan Bacaan
1 : 8     -    Sekolah Rendah
1 : 14   -    Sekolah Menengah
Kadar Murid: Buku Bahan Bacaan
1 : 15   -    Sekolah Rendah
1 : 20   -    Sekolah Menengah

PROGRAM
TAHUN PSS 2000

Program Membaca ( Nilam )
Program Bina Minda
Program Galakan Penggonaan PSS
Program Membina Bahan P&P Kursus / Bengkel / Seminar Tentang Teknologi Maklumat dan Literasi Maklumat
Minggu / PSS
Pertandingan Pengiktirafan Pameran Program Pengumpulan Dana

     PENGLIBATAN DAN PEMANTAUAN  PSS
PENGLIBATAN DAN PEMANTAUAN  PSS PENGLIBATAN DAN PEMANTAUAN  PSS
PENGLIBATAN DAN PEMANTAUAN  PSS PENGLIBATAN DAN PEMANTAUAN  PSS
Penglibatan Pemantauan

Kesedaran, komitmen dan kreativiti perlu wujud pada individu dalam mencapai hasrat memartabatkan PSS sebagai nadi kecemerlangan P&P dan kesedaran pembelajaran sepanjang hayat.

Bahagian Teknologi Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia
[Latar Belakang][Objektif][Pengoperasian][Pengoperasian][Peranan Peyelaras][Perancangan]
[Fizikal PKGJ39][Aktiviti][Pusat Sumber Sekolah]
PKG