Garis Panduan Pertandingan PSS
    Peringkat Negeri Johor
 

1. Objektif

Di antara objektif pertandingan ini ialah :

1.1. Mengalakkan usaha untuk menjadikan PSS ialah indah menawan.
1.2. Meningkatkan pengurusan PSS yang sistematik dan mempuyai arah tuju yang jelas dalam       usaha hendak membudayakan teknologi pendidikan dalam pengajaran pembelajaran.
1.3. Menggalakan semua pemimpin pendidikan kreatif dan inovatif dalam usaha menghidupkan suasana sekolah supaya lebih menyeronokkan
1.4. Menggalakkan suasana permuafakatan di kalangan komuniti sekolah dan masyarakat setempat dalam aktiviti yang berkaitan dengan PSS dan penghasilan bahan pengajaran pembelajaran.
1.5. Menggalakkan usaha meningkatkan budaya membaca di kalangan murid / pelajar

2. Penyertaan

2.1.      Semua sekolah di daerah dikehendaki mengambil bahagian di peringkat daerah.
2.2.      Penyertaan pertandingan dibahagikan kepada tiga kumpulan :
            2.2.1. Kumpulan Sekolah Menengah
            2.2.2. Kumpulan Sekolah Rendah Gred A dan Gred B
            2.2.3. Kumpulan Sekolah Rendah Gred B ( under entrolled )

3. Kriteria Pemilihan
    Kriteria pemilaihan adalah berdasarkan perkara perkara berikut :
            3.1   Keceriaan dan kemudahan fizikal (25%)
                    3.1.1. PSS menampakkan suasana selesa, nyaman menyegarkan dan mampu menawan hati  pengunjung.
                    3.1.2. Bilik / ruang PSS dan susunatur kemudahan jelas menarik.
                    3.1.3. Inisiatif sekolah mewujudkan ruang bacaan tambahan seperti sudut maklumat, sudut pameran dan taman ilmu yang lengkap dengan maklumat selari dengan keperluan kurikulum yang ada.
                    3.1.4. Bilik Audio dan Karel
                    3.1.5. Bilik Tayang / Sudut Tayang
                    3.1.6. Sudut Bercerita
                    3.1.7. Bilik Komputer

        3.2.      Bahan bahan PSS (15% )
                    3.2.1. Buku Rujukan Am
                    3.2.2. Buku Bukan Fiksyen
                    3.2.3. Buku Fiksyen
                    3.2.4. Majalah
                    3.2.5. Akhbar
                    3.2.6  Risalah / Makalah
                    3.2.7  Bahan lain seperti OHP,TV/VCR,Radio/Radio Kaset, Projektor Slaid, Carta, Glob, Atlas,Model, Bahan Permainan dll.

        3.3.      Pentadbiran PSS (25 %)
                    3.3.1    Mengesan Pentadbiran PSS melalui
Mengesan Pentadbiran PSS
Carta Organisasi PSS
Ajk Induk PSS dan AJK Kerja PSS
Senarai Tugas AJK Induk / Kerja
Pelaksanaa Program / Aktiviti AJK Induk / Kerja
Peraturan Penggunaan PSS
Program dan pelaksanaan NILAM
                    3.3.2. Jadual dan senarai tugas pustakawan
                    3.3.3. Pelan Perancangan PSS
                    3.3.4. Sistem Perolehan
                    3.3.5. Sistem Pemerosesan Bahan
                    3.3.6. Sistem Pengedaran Bahan
                    3.3.7. Sistem Penyimpanan Stok
                    3.3.8. Usaha Baik Pulih
                    3.3.9. Sistem Pelupusan Bahan

    3.4. Penggunaan (35%)
           Perkara perkara yang perlu diberikan pertimbangan ialah ;
            3.4.1. Buku Rekod Perpustakaan Rekod Pinjaman Harian, Rekod Pinjaman Bulanan, Jadual Penggunaan Perpustakaan dalam eaktu pembelajaran, Rekod Aktiviti Perpustakaan dan lain lain.
            3.4.2. Usaha usaha membimbing pelajar untuk memiliki kemahiran yang berkaitan dengan Pusat Sumber seperti kemahiran membuat rujukan, kemahiran menggunakan kamus, kemahiran membaca dan sebagainya
            3.4.3. Rekod Pinjaman Bahan atau Alatan oleh guru serta kekerapan penggunaanya
            3.4.4. Rekod pinjaman Buku oleh murid dan cacatan pembacaan
            3.4.5. Carta Analisis Pinjaman pebagai bahan oleh gyru dan murid.
            3.4.6. Penilaian Penggunaan Pusat Sumber
            3.4.7. Aktiviti Pengintegrasian PSS dalam pengajaran pembelajaran
            3.4.8. Fail Berkuasa (Antority Fail).
 

Garis panduan ini disediakan oleh:PSPN Johor
dan paparan oleh: PKGJ39 Bandar Pontian
Tahun 2000
[Latar Belakang][Objektif][Pengoperasian][Pengoperasian][Peranan Peyelaras][Perancangan]
[Fizikal PKGJ39][Aktiviti][Pusat Sumber Sekolah]
PKG