LATAR BELAKANG

Dari segi sejarah, penubuhan PKG bermula dengan tertubuhnya Pusat Sumber
Tempatan (PST) DI 302 sekolah pada tahun 1978.  Pada tahun 1981 PST diubah
nama kepada Pusat Media Daerah (PMD), iaitu selaras dengan konsep dan
rasional pembukaan empat buah Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) di Kedah,
Kelantan, Terengganu dan Pahang.

 Pada tahun 1986 nama PMD telah diubah kepada Pusat Sumber Pendidikan
Daerah (PSPD). Setiap PSPD memberi khidmatkepada 15 hingga 20 buah sekolah.
Fungsi utama PSPD ialah mengatasi dan memperbaiki jurang perbezaan pencapaian
pendidikan luar dan dalam bandar dengan menyediakan perkhidmatan pinjaman
alatan dan membina bahanpengajaran dan pembelajaran kos rendah.
Kementerian Pendidikan berhasrat menjadaikan PSPD sebagai agen untuk
membiasakan guru-guru khasnya di luar bandar dengan asas teknologi pendidikan
(teknopen).

 Seterusnya pada tahun 1990 nama PSPD ditukar kepada Pusat Kegiatan
Guru (PKG). Dengan menggunakan peruntukan Bank Dunia, sebanyak 200 buah
bangunan PKG telah dibina dan 150 buah lagi telah ditempatkan di bangunan
sekolah. Nama PKG dianggap sesuai untuk menggantikan nama Pusat Sumber
Pendidikan Daerah bagi mengelak kekeliruan pada istilah 'Daerah', memberi
gambaran sebenar tentang aktiviti yang dijalankan di pusat tersebut.Pada
tahun 1995 PKG telah menerima Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam sebagai
pengiktirafan di atas kejayaan yang telah dicapai.

 Mulai 1.1.1996 PKG telah diletakkan sepenuhnya di bawah pengurusan
PSPN, sementara PSPN pula diletakkan di bawah Bahagian Teknologi Pendidikan
(BTP), Kementerian Pendidikan Malaysia.

[Latar Belakang][Objektif][pengoperasian][Peranan Peyelaras][Perancangan]
PKG