Pada tahun 1986 nama
PMD telah diubah kepada Pusat Sumber Pendidikan
Daerah (PSPD). Setiap PSPD
memberi khidmatkepada 15 hingga 20 buah sekolah.
Fungsi utama PSPD ialah
mengatasi dan memperbaiki jurang perbezaan pencapaian
pendidikan luar dan dalam
bandar dengan menyediakan perkhidmatan pinjaman
alatan dan membina bahanpengajaran
dan pembelajaran kos rendah.
Kementerian Pendidikan berhasrat
menjadaikan PSPD sebagai agen untuk
membiasakan guru-guru khasnya
di luar bandar dengan asas teknologi pendidikan
(teknopen).
Seterusnya pada tahun
1990 nama PSPD ditukar kepada Pusat Kegiatan
Guru (PKG). Dengan menggunakan
peruntukan Bank Dunia, sebanyak 200 buah
bangunan PKG telah dibina
dan 150 buah lagi telah ditempatkan di bangunan
sekolah. Nama PKG dianggap
sesuai untuk menggantikan nama Pusat Sumber
Pendidikan Daerah bagi mengelak
kekeliruan pada istilah 'Daerah', memberi
gambaran sebenar tentang
aktiviti yang dijalankan di pusat tersebut.Pada
tahun 1995 PKG telah menerima
Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam sebagai
pengiktirafan di atas kejayaan
yang telah dicapai.
Mulai 1.1.1996 PKG
telah diletakkan sepenuhnya di bawah pengurusan
PSPN, sementara PSPN pula
diletakkan di bawah Bahagian Teknologi Pendidikan
(BTP), Kementerian Pendidikan
Malaysia.
[Latar
Belakang][Objektif][pengoperasian][Peranan
Peyelaras][Perancangan]