ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Latar  Belakang
OBJEKTIF
PENGOPERASIAN
PENYELARAS
PERANCANGAN
PUSAT KEGIATAN GURU J39 BANDAR PONTIAN
WELCOME PKGJ39
FIZIKAL
AKTIVITI
PSS Ahli PKGJ39

LATAR BELAKANG

Dari segi sejarah, penubuhan PKG bermula dengan tertubuhnya Pusat Sumber
Tempatan (PST) DI 302 sekolah pada tahun 1978.  Pada tahun 1981 PST diubah
nama kepada Pusat Media Daerah (PMD), iaitu selaras dengan konsep dan
rasional pembukaan empat buah Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) di Kedah,
Kelantan, Terengganu dan Pahang.

 Pada tahun 1986 nama PMD telah diubah kepada Pusat Sumber Pendidikan
Daerah (PSPD). Setiap PSPD memberi khidmatkepada 15 hingga 20 buah sekolah.
Fungsi utama PSPD ialah mengatasi dan memperbaiki jurang perbezaan pencapaian
pendidikan luar dan dalam bandar dengan menyediakan perkhidmatan pinjaman
alatan dan membina bahanpengajaran dan pembelajaran kos rendah.
Kementerian Pendidikan berhasrat menjadaikan PSPD sebagai agen untuk
membiasakan guru-guru khasnya di luar bandar dengan asas teknologi pendidikan
(teknopen).

 Seterusnya pada tahun 1990 nama PSPD ditukar kepada Pusat Kegiatan
Guru (PKG). Dengan menggunakan peruntukan Bank Dunia, sebanyak 200 buah
bangunan PKG telah dibina dan 150 buah lagi telah ditempatkan di bangunan
sekolah. Nama PKG dianggap sesuai untuk menggantikan nama Pusat Sumber
Pendidikan Daerah bagi mengelak kekeliruan pada istilah 'Daerah', memberi
gambaran sebenar tentang aktiviti yang dijalankan di pusat tersebut.Pada
tahun 1995 PKG telah menerima Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam sebagai
pengiktirafan di atas kejayaan yang telah dicapai.

 Mulai 1.1.1996 PKG telah diletakkan sepenuhnya di bawah pengurusan
PSPN, sementara PSPN pula diletakkan di bawah Bahagian Teknologi Pendidikan
(BTP), Kementerian Pendidikan Malaysia.
 


 ke atas

OBJEKTIF

1. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam teknopen.

2. Mengumpul dan menyebar maklumat profesional pendidikan,khususnya
    dalam kenopen ke sekolah-sekolah.

3. Meningkatkan keberkesanan pengurusan dan penggunaan Pusar Sumber
    Sekolah (PSS).

4. Membantu dalam penghasilan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran
    untuk sekolah-sekolah.

5. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam teknologi
    maklumat.

6. Menyediakan kemudahan-kemudahan bagi aktiviti profesional pendidikan
    untuk guru-guru dan mesyarakat setempat.
 


 ke atas

PKG terletak di bawah amanah dan tanggungjawab PSPN dan BTP.

Pengurusannya dikendalikan oleh Pegawai Penyelaras PKG. BTP selaku ketua
aktiviti menyalurkan peruntukan tahunan PKG melalui PSPN iaitu Pusat
Tanggungjawab (PTJ).

Kecemerlangan pengoperasian PKG memerlukan komitmen yang tinggi daripada
Jawatankuasa Kerja dan konsep kerja berpasukan dan rasa kesepunyaan
terhadap PKG.
 


 ke atas

PERANAN PENYELARAS

Melaksanakan tugas berdasarkan sasaran kerja tahunan (SKT) dan kerja utama PKG.

Mengurus aktiviti dan pentadbiran harian PKG

Mempromosi dan menggalakkan amalan penggunaan teknologi pendidikan.

Memberi khidmat nasihat dan bimbingan dalam pengurusan dan penggunaan PSS.

Menyediakan laporan tahunan program dan aktiviti PKG.
 

SENARAI TUGAS UTAMA PENYELARAS PKG JOHOR

1. PENGURUSAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN

2. MEMBANTU PENGURUSAN PERKEMBANGAN KURIKULUM

3. KHIDMAT NASIHAT

4. PENGURUSAN PERHUBUNGAN AWAM

5. PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN PERKEMBANGAN
 

PENGURUSAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN

1. KERJA – KERJA PENGURUSAN PEJABAT

1.1   Mengemaskini Fail
1.2   Surat – Menyurat
1.3   Penyimpanan Rekod
1.4   Kecerian PKG
1.5   Pengurusan Stor
1.6   Perkhidmatan Kaunter
        1.6.1. Pinjaman
        1.6.2. Pemulangan
1.7  Berurusan dengan Pejabat Pendidikan Daerah
1.8  Menjalankan Tugas Sebagai Setiausaha Jawatankuasa Pengurusan PKG
1.9  Menjalankan Proses Teknik Alatan / Bahan Dan Bangunan PKG
 

2. 2.    PENGURUSAN KEWANGAN

2.1 Menjalankan Tugas Bendahari
      2.1.1. Merancang dan mengawal perbelanjaan keperluan PKG
      2.1.2. Mengurus tabung khas PKG
      2.1.3. Mengurus perbelanjaan baik pulih
      2.1.4. Menyediakan Laporan kewangan tahunan PKG

2.2   Menyediakan Baucer Bayaran
        Menjalankan tugas dalam ketiadaan perkhidmatan sokongan

MEMBANTU PENGURUSAN PERKEMBANGAN KURIKULUM

1.1 Melaksanakan Program PKG Yang Dirancang Berasama AJK
1.2 Mengendalikan Dan Menyelaraskan Kursus / Bengkel / Seminar
1.3 Pemudah Cara Ceramah
1.4 Melaksanakan Projek BTP/JPN/PPD Di Peringkat Sekolah Ahli
1.5 Menyelaraskan Aktiviti :
      1.5.1. Pamiran
      1.5.2. Demontrasi
      1.5.3. Penerbitan
1.6 Perkembangan Staff Penyelaras PKG
1.7 Melaksanakan Projek Khas PSS Anak Angkat PKG Johor

PENGURUSAN KHIDMAT NASIHAT

1. Memberi Bimbingan
     1.1  Penghasilan dan penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran kos
            rendah yang dihasilkan.
     1.2 Penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran yang diterbitkan oleh
            agensi lain
     1.3 Penggunaan perkakasan / alatan Pusat Sumber Sekolah
     1.4 Pengurusan dan pentadbiran Pusat Sumber Sekolah
     1.5 Asas Penyelenggaraan perkakasan Pusat umber Sekolah.

PENGURUSAN PERHUBUNGAN AWAM

1. Mengedar, Menyebar Dokumen, Surat, Maklumat Dan Pengetahuan
2. Menagih Bahan _Bahan Pengajaran Dan Pembelajaran
3. Menyelaras Aktiviti Pasukan kerja PKG
4. Urussetia / Jawatankuasa Yang Dianjurkan Oleh Badan Sosial / Koporat
5. Penghubung Antara Sekolah - PKG – PPD – JPN - BTP
6. Menjalankan Aktiviti Promosi PKG Kepada Sekolah _Sekolah Dan Masyarakat Setempat
7. Menggunakan Kepakaran Komuniti Sekolah / Luar Sekolah Untuk Mencapai Matlamat      PKG
    " Menjalankan tugas dalam ketiadaan perkhidmatan sokongan"

PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN PERKEMBANGAN

1. Mengesan masalah penggunaan bahan cetak dan bukan cetak dalam  pengajaran dan   pembelajaran di       sekolah serta menyediakan laporan.
2. Menjalankan kajian keperluan tentang kurikulum, ko-kurikulum dan bahan / perkakasan
3. Menjalankan keberkesanan perlaksanaan program, projek dan aktiviti PKG
4. Menilai Prestasi bahan cetak / perkakasan dan perisian dari segi mutu dan kemudahan teknikal mengikut keperluan
5. Menilai penggunaan rancangan TV pendidikan di sekolah
 

Perancangan

Keberkesanan pengoperasian PKG bergantung kepada pengurusan yang cekap dangan penumpuan
kepada empat aspek utama.

Perancangan aktiviti
Jadual pelaksanaan aktiviti
Proses pelaksanaan aktiviti
Penilaian dan tindakan susulan.

Pelaksaan aktiviti PKG mengutamakan keberkesanan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
serta meningkatkan rangkaian kerjasama dengan PSS setempat.


 ke atas

Penyelaras
PKGJ39 Bandar Pontian

Kenali Pusat Kegiatan Guru
[Fizikal PKGJ39][Aktiviti][Pusat Sumber Sekolah]